Khamis, 6 Oktober 2011

Wajahnya Masih Seperti Itu

Polos. Itu interpretasi pertama saat Nasri Abdul Rahman menatap wajahnya. Bukan kerana dia tidak cantik, tetapi mungkin kerana Nasri Abdul Rahman yang tidak fasih mentafsir raut seseorang.

Namanya Farshanda Mohd Ghous. Tetapi Nasri Abdul Rahman selalu mendengar orang memanggilnya Farsh sahaja. Tidak pasti kenapa, tetapi Nasri Abdul Rahman sememangnya tidak menyukai kependekan itu. Sungguh menjengkelkan pada halwa telinganya. Rasa geli ,namun terkadang mendamaikan.

Rasa itu timbul hanya setelah dia ditegur oleh Farsahanda Mohd Gous di suatu petang sepulangnya dia dari bekerja. Farshanda Mohd Gous menghampirinya lantas membuka kutang bajunya satu persatu, menarik zip seluar jeans LEVI’s nya yang bersaiz 24 itu dan melurutkan seluar itu ke lantai. Seraya menjerit “BANZAI!”, Farshanda Mohd Gous menghunuskan pedang samurai lalu menetak ‘budak botak’ kepunyaan Nasri Abdul Rahman. Darah memancut-mancut dan Nasri Abdul Rahman rebah serta-merta.

Farshanda Mohd Gous masih berwajah polos. Seperti selalu-selalu.

Ahad, 2 Oktober 2011

Ronyok

Sudah menjadi rutin, setiap kali suaminya hendak keluar bekerja, Neelofa akan berdiri di balik pintu rumah dalam keadaan telanjang bulat [tanpa seurat benang pun]. Tujuan dia berbuat begitu sebagai perlambangan kasih dan sayangnya kepada suaminya.

7 langkah suaminya meninggalkan rumah, ibu mertuanya datang bertandang. Sekujur pintu dikuak, ibu mertuanya hampir pitam. Dalam desahan nafas yang timbul tenggelam, ibu mertuanya masih mampu bersuara "Kenapa kau tak pakai apa-apa Nak? Kan tak manis perempuan semudamu berbogel begitu [tetapi dia tidak berbogel menuju Tuhan...]"

Neelofa tersenyum. Mendengar resah ibu mertuanya, dia bersuara untuk menenteramkan suasana, "Ibu, Lofa berpakaian Ibu. Inilah pakaian cinta Lofa untuk suami tersayang. Cantik kan Bu?"

Saat mendengar suara hati menantunya, ibu mertua Neelofa mendapat ilham. Pantas dia bergegas pulang ke rumah, segera dia membuka seluruh pakaiannya [tidak terkecuali tali yang paling kuat di dunia kerana kekuatannya mengikat dua gunung dan seluar tiga segi yang hanya dipakai Superman di sebelah luar], dan menyorok di balik pintu. Tujuannya hanya satu, untuk menunggu suaminya pulang sebentar lagi [kerana suaminya Pak Guard yang bekerja shift malam minggu itu].

Seraya terdengar pintu diketuk dan suara suami memberi salam, ibu mertua Neelofa tersengih riang. Dengan wajah yang tiada rasa bersalah langsung, dia membuka pintu rumah dan saat suaminya berpaling ke arahnya, muka suaminya berubah rona, "Kenapa kau telanjang bulat ni Pah oi! Malu le sikit awak tu dah tua."

Ibu Neelofa semakin gila menyengih lantas mendekati suaminya dan berbisik, "Abang... Inilah pakaian cinta Pah untuk Abang," dan dengan bisikan juga suaminya membalas.

"Kalau iya pun, gosoklah dulu pakaian tu. Ini idak, dah ronyok pun masih nak pakai lagi...Hishkh! Tak senonoh!" sambil berlalu selamba meninggalkan ibu mertua Neelofa yang kebingungan.

Isnin, 16 Mei 2011

Separuh Jiwanya Pergi

Baru minggu lepas bini Wak Kemot meninggal. Sejak dari hari meninggalnya bini Wak Kemot, dia tidak pernah terlepas walau sehari pun untuk menziarahi kuburan bininya itu. Sambil mengutip dedaun kering yang hinggap di atas kuburan bininya, Wak Kemot akan meratap. Ratapannya kadang-kadang mengganas dan tangan kanan Wak Kemot sama sekali tidak pernah curang untuk menyirami tanah kuburan bininya itu.

Keganjilan ini disedari oleh Ketua Kampung Purnama Mengecut, Tok Mat Manthop yang seringkali melihat anak buahnya, Wak Kemot meratap-ratap di atas kuburan bininya itu saban hari. Tok Mat Manthop menjadi simpati dan hampir sahaja simpati itu bertukar menjadi empati. Lalu Tok Mat Manthop berazam untuk berjumpa Wak Kemot di tanah perkuburan keesokan harinya.

Dari jauh Tok Mat Manthop dapat melihat susuk tubuh Wak Kemot. Wak Kemot dihampiri dan seperti lazimnya Wak Kemot sedang dalam keadaan meratap.

Tok Mat Manthop memberi salam lantas dijawab dingin oleh Wak Kemot. Tok Mat Manthop menepuk-nepuk bahu Wak Kemot seraya berkata "Barang yang lepas jangan diingat. Patah tumbuh hilang berganti. Setiap yang bernafas itu pasti akan menemui ajalnya. Kita yang masih hidup akan tetap meneruskan kehidupan ini. Janganlah bersedih sangat Wak. Aku sedia bantu jika kau perlukan apa-apa pertolongan."

Wak Kemot menatap wajah Tok Mat Manthop dengan tatapan sayu seolah separuh jiwanya telah pergi. Dalam kesayuan itu, Wak Kemot bersuara "Inilah yang aku risaukan Tok. Sebelum arwahnya pergi, dia sempat berwasiat. Seandainya aku ingin berkahwin lagi, pastikan tanah kuburannya ditumbuhi tumbuh-tumbuhan dulu. Sebab itulah Tok tiap-tiap hari aku ke kuburan bini aku ni, siram air bagi benih-benih sawi yang aku tanam atas tanah kubur ni tumbuh cepat. Tapi dari minggu lepas tak ada tanda-tanda benih ni nak berputik. Tu yang aku meratap tiap-tiap hari tu Tok. Sedih benar diri aku ni Tok. Nak kawin baru pun susah kena tunggu pokok tumbuh dulu. Apalah nasib".

Tok Mat Manthop menahan nafas. Seolah-olah separuh nyawanya yang hampir pergi...

Selasa, 12 April 2011

Wajah

Hanis Zulaikha menatap cermin. Polos. Dia tidak sedar yang di dahinya tika itu ada bintik noda. Noda yang saban tahun bertakhta di dahinya. Noda yang asalnya hanya serangga miget.

Hanis Zulaikha bermonolog dalam hati mengiayakan akan kejelitaan wajahnya. Hanis Zulaikha jadi Pengagum pada wajahnya sendiri. Dia tersenyum dalam bahasa yang dia sendiri mengerti. Panjang...

Hanis Zulaikha masih lagi di situ menatap cermin. Lalu dia sayup-sayup terdengar suara si anak kecil..."Pa. Kenapa dekat dahi pompuan ni ada bintik hitam?"

Si Bapa melihat dahi Hanis Zulaikha..."Oh! Ada habuk terlekat dekat lukisan ni."

Si anak kecil mengangguk tanda faham.

Isnin, 28 Mac 2011

G-Six VS G-Out

"Like a G-Six, like a G-Six", terngiang-ngiang bait senikata lagu yang didendangkan oleh penyanyi yang aku sendiri lupa akan namanya di saat aku menulis entry ni.

Pedulikan tentang nama penyanyi itu kerana aku bukannya nak cerita pasal kehidupan penyanyi tu pun, cuma adakah korang akan rasa seronok beronok-ronok jika korang dengar lagu ni dikala kaki kau yang munggil itu secara drastiknya diserang gejala yang dipanggil G-Out (Gaut).

Bisa, gurih, nikmat dalam azab dan limpahan air mata bawah sedar, antara gambaran yang boleh diterjemahkan tatkala gejala itu menyerang kaki-kaki anda.

Sama ada anda pilih G-Six atau G-Out, tepuk dada tanya selera kerana secara tidak boleh tidaknya, gejala ini akan menyerang berdasarkan kepada selera anda.

Selasa, 4 Januari 2011

Bukti!


Ini buktinya. Pembelian Novel "Siapa Kekah Bidan Sepiah" melalui Maybank Cash Deposit Machine. Kenapa? Tak percya ke?

Ahad, 2 Januari 2011

EVENT

"Salam bang. Saya Mulan. Saya buat panggilan dari XYZ Group. Nak jemput kumpulan nasyid Abang untuk satu event anjuran kami."

Undangan itu saya terima melalui panggilan telefon di satu malam hari yang pekat gelap.

"Event apa tu?"
"Kitaorang buat program main boling. Kumpulan nasyid Abang boleh join tak? Tarikhnya 8 Januari 2011."

Uiks! Jemputan untuk main boling? Jemput kumpulan nasyid untuk main boling adalah antara perkara mulia yang boleh mengeratkan sillaturrahim. Nantilah saya fikirkan ya.

pee/ais: Orang dolu-dolu nak eratkan sillaturrahim dengan anjurkan kenduri, rewang, gotong-royong dll. Orang sekarang? Owh ya! Main boling...