Rabu, 29 Disember 2010

wet tissue

Para doktor pakar surgeri dan sekumpulan jururawat yang kecil molek dan berskirt seksi sedang mengerumuni sekujur tubuh manusia yang kakinya hampir lunyai digilis ETS (Elektronik Train Service). Sang doktor berbisik kepada salah seorang jururawat yang kecil molek berskirt seksi itu, "Berikan I wet tissue". Jururawat tadi akur dengan permintaan doktornya. Berjalan keluar dari bilik bedah dan muncul kembali selepas beberapa minit berlalu.
"Cepatnya U ambilkan I wet tissue".
"Erm! Doc kan mintak wet tissue je, bukan susah sangat pun nak ambiknya"
"Bukan ke tissue bank kita jauh dari surgeon room nih. Kat blok 13 tu."
"Erk! Bukan wet tissue ni ke yang Doc minta?"
"Ni wet tissue lap pungkoq hang lepas hang berak! Aku suroh ambik wet tissue manusia. Ishkh... Hang ni ghaplah lah. Harap seksi je lebih lain tak boleh harap".

Isnin, 27 Disember 2010

Kalau Bulan Bisa Ngomong!

"Kalau Bulan Bisa Ngomong,
Biar Jujur Tak Akan Bohong..."

Ni antara bait-bait lirik lagu yang dinyanyikan oleh Doel Sumbang ( nama sebenar Wahyu Affandi), penyanyi dari negara seberang Indonesia. Aku bukan nak berbicara tentang Si Penyanyi lagu ni walaupun pada aku beliau dah boleh dianggap lagenda musisi oleh sebahagian besar penduduk negara pancasila tu. Cumanya tetiba batu jemala aku berligar-ligar dengan bait-bait puitis lagu ni.

Penyanyi menginterpretasikan bulan sebagai objek yang boleh berbicara justeru seandainya bulan mampu berbicara maka objek ini dikira sebagai jujur dan tidak akan melakukan pembohongan dalam tutur katanya itu.

Sebagai manusia yang sememangnya tidak akan terlepas daripada melakukan kesilapan, cuba kita renung sejenak, mengapa bulan yang dijadikan sandaran dalam memperjuangkan sifat mulia insan iaitu JUJUR dan TIDAK BERBOHONG.

Pertamanya, bulan merupakan makhluk yang diciptakan Tuhan tidak punya kuasa untuk bercakap dan berbicara. Jadi, bulan sememangnya akan terus JUJUR tanpa ada sebarang suara yang akan keluar darinya.

Kedua, Bulan secara lahirnya tampak bersih dan JUJUR seiring kilauan cahayanya yang sungguh mempersonakan. Jadi manusia sering tertipu dengan keindahan dan keJUJURAN bulan itu sedangkan hakikat sebenarnya permukaan bulan berlobang-lobang dan tidak rata.

Ketiga, Sebahagian daripada manusia yang hidup di bumi ini bersifat seperti bulan. Zahirnya nampak indah hakikatnya tidak seperti itu. Bulan hanya menjelma tatkala malam menjelang dan ada sebahagian manusia yang hanya boleh dijumpai di waktu malam sahaja. Jadi, ada manusia persis bulan.

Bulan adalah penyeri indahnya alam. Tidak salah untuk berwajah seindah cahaya bulan, asalkan hati juga secerah cahaya mentari...

Selasa, 14 Disember 2010

Jangan Main Burung [Mu]

Burung itu namanya Affendi Mohsen. Aku selalu menjenguk Affendi di dalam sangkarnya lewat waktu petang. Affendi suka bila aku bermain dengannya. Dia akan tertawa riang bila aku bercerita perihal Maria Ozawa. Apabila bertemu ,kami sentiasa merasakan yang dunia ini hanya ada dua makhluk, aku dan Affendi.

Suatu petang, seperti biasa aku menjenguk Affendi. Kali ini aku lihat Affendi tidak seceria petang-petang sebelumnya. Wajahnya sugul lalu aku mendekati Affendi, Kenapa? Affendi terus diam. Petang itu aku rindu tawa Affendi.

Dua hari selepas itu, Affendi mati. Lalu pada sebelah malamnya, dalam mimpiku, aku menerima panggilan telefon dari syurga. Affendi memberitahuku bahawa sebelum mati dia sempat membeli polisi insuran Takaful Prudential bernilai RM1 juta. Affendi kata dia sayang aku lalu menamakan aku sebawai pewarisnya. Aku sedih kerana pada petang-petang selepas ini aku tidak dapat mendengar Affendi tertawa buat selamanya.

Yang pasti, aku tidak dapat bermain dengan seekor burung bernama Affendi Mohsen...lagi.

Masaj

Zaid Akhtar melondehkan seluarnya tatkala dia masuk ke kamar separa gelap itu. Matanya liar persis ahli kumpulan Geng Mamak yang bakal merompak bank HIJK di Pekan Jabi. Ada tilam tanpa katil dan baju T bertulisan Liverpool menerima nasib yang sama seperti seluarnya.

Dalam kesejukan penghawa dingin yang tidak dapat di laraskan, Zaid Akhtar berfantasi. Bagaimana kalau yang masuk ke kamar ini nanti Angelina Jolie, atau paling cikai artis Malaysia, Zarina An-Julie.

Zaid Akhtar menanti dan terus menanti, sehingga lampu kamar diterangkan dan tukang masaj berwajah Rosyam Nor berbisik, Bro! Dah sudah...

Ah! Zaid Akhtar gumam. Aku gagal lagi, dan dia menuju ke seluar dan baju Tnya.

Bundar

Mata kami bersatu. Walau mataku sepet dan matanya bundar. Penyatuan mata kami ini berlaku di dalam bas Yow Hoe dalam perjalanan pulang ke Segamat Baru. Matanya redup, seredup cuaca di petang itu.

Mata kami terus bersatu saat kaki menginjak anak tangga bas untuk pulang ke rumah. Aku membisik ke cuping telinganya yang kecil, pinjamkan aku matamu. Dia hanya tersenyum.

Sebelum kami berpisah (rumah kami berbeza lorong), dia merapati aku sambil menghulurkan tangannya, Nah! Ambil, bawa ini dalam mimpimu.

Aku menyambut hulurannya, dan mata itu ku bawa pulang ke rumah...

Kopiah

Melihat otak lelaki berkopiah tidak sama seperti aku melihat otak lelaki memakai cap hitam bertulisan KL. Namun pada masa-masa tertentu aku akan tersenyum bila kedua otak lelaki itu bersimpul lalu menerbitkan warna pelangi. Terkadang aku disapa oleh sekumpulan anak kecil "Pakcik, warna pelangi itu indah, tetapi kami keliru bila kali ini pelangi hanya berwarna hitam dan putih".

Aku pandang ke langit. Warna pelangi semakin pudar. Otak lelaki berkopiah dan bercap hitam tulisan KL terlerai. Lalu lelaki-lelaki itu berjabat tangan sambil berjalan ke Coffee Bean untuk menghirup secawan espresso segar.

Isnin, 13 Disember 2010

Mimpi!

Suatu hari aku mengejutkan Ameera Hany Fariheen daripada tidurnya.

Aku : Adik. Bangun. Dah siang.
Ameera Hany Fariheen : Kejaplah. Tengah mimpi ni.

Lalu datang Amirul Fariheen Shaifulizam menghampiri adiknya itu.

Amirul Fariheen Shaifulizam : Adik. Dah habis mimpi?
Ameera Hany Fariheen : Dah. Jom bangun...

Sekonyong-konyong dia bangun dan terus menuju ke bilik air.

Aku : Dish! Dusyum! Debik! Debuk! Debak! Kebabommm... (tanpa dialog hanya raut muka yang mempamerkan riak geram).

Khamis, 9 Disember 2010

Metallica VS Kepollica



Aku memang Kipas Susah Mati bagi Kugiran Super Heavy Metal daripada Los Angeles, California yang telah diasaskan pada 28 Oktober 1981 secara bersama oleh Encik James Hetfield dan Encik Lars Ulrich ni. Jadi engkorang tak payahlah nak buat spekulasi pasal nama bagi blog aku kerana apa yang bermain di batu jemala engkorang memang betullah tu...



Metallica masa zaman Dave Mustaine sebagai guitarist dan Cliff Burton (R.I.P) sebagai bassist.


Ni pula Metallica selepas kemasukan Jason Newstead menggantikan mendiang Cliff Burton sebagai bassist dan Kirk Hammett menggantikan Dave Mustaine sebagai lead guitar. Dave Mustaine bertindak sebagai frontman Megadeth selepas itu.


Line up terkini Metallica selepas kemasukan Robert Trujillo daripada kugiran Suicidal Tendencies bermula 24 Februari 2003 menggantikan Jason Newstead yang membawa diri dan menyertai kugiran Echobrain selepas itu.


Album Metallica yang tak pernah aku jumpa apatah lagi memilikinya. Control macho muka memasing.

Seksa Emosi Kenikmatan Sementara = SEKS (vol. 1)

Aku tak pasti sama ada statistik ni betul ke tak iaitu 90% daripada punca / faktor perceraian di Malaysia ni disebabkan SEKS? Pergh! Kalau statistik ini benarlah maknanya rakyat Malaysia kena akur bahawa SEKS adalah wadah penting dan menjadi komponen utama dalam mencapai kebahagiaan rumahtangga.

Hakikatnya, walaupun perkara berkaitan SEKS ini bukanlah satu-satunya benchmark dalam mengekalkan kebahagiaan dan kerukunan berumahtangga, namun kita tidak dapat untuk mengelakkan diri daripada melakukan SEKS dalam kehidupan. Dalam ertikata di sisi yang lain, No life without SEX! Dan boleh juga kita memaknakan ertikata tersebut sebagai, No SEX without life (adakah 2 makhluk yang tidak bernyawa boleh melakukan hungan SEKS? Cikgu Sains tolong jawab.)

So, bermula daripada kupasan vol. 1 ini, aku akan mengupas SEKS secara ilmiah, informatif dan kalaupun ada unsur-unsur lucas yang melampau, itu adalah faktor minda bawah sedar aku dan aku mohon ampun terlebih dahulu kalau-kalau blog aku ini engkorang kategorikan sebagai blog 18 SX. Walla!

Ahad, 5 Disember 2010

Roti Kosong Rasa Telur!

Di satu malam yang cuacanya macam nak tak nak je berhembus bayunya, aku dengan beberapa orang rerakan menziarahi restoran 25 jam di Larkin, JB. ketika sesi mengambil order, salah seorang rerakanku meng'order' menu yang aku rasa agak janggal didengar;

Rakan : Roti Kosong Rasa Telur satu...
Waiter : Wokeh.

Aku menoleh rakan tersebut dengan raut wajah 1000 kemusykilan;

Aku : Roti Kosong Rasa Telur? Macam mana tu?
Rakan : Nak tau? Nanti... Tunggu order sampai.

Lebih kurang 10 minit selepas itu, order rakanku tadi sudah berada di hadapan mata;

Aku : Ni roti kosong biasa bai. Mana datang rasa telurnya tu.
Rakan : Memanglah roti kosong biasa. Masa makan tu kau rasalah telur kau sendiri.
Jadilah ROTI KOSONG RASA TELUR! Ha ha.
Aku : Kana nima che bhai (dalam hati je).

Damai Versus Materealistique!

Kau impikan damai dalam jiwa yang tak keruan mengumpul sekelumit materi duniawi ini? Jangan bimbang. Andai kau tidak tamak kau mampu beroleh keduanya. Ya! Serentak. Itulah yang aku cuba untuk lakukan sekarang. Selamat mencuba!