Isnin, 27 Disember 2010

Kalau Bulan Bisa Ngomong!

"Kalau Bulan Bisa Ngomong,
Biar Jujur Tak Akan Bohong..."

Ni antara bait-bait lirik lagu yang dinyanyikan oleh Doel Sumbang ( nama sebenar Wahyu Affandi), penyanyi dari negara seberang Indonesia. Aku bukan nak berbicara tentang Si Penyanyi lagu ni walaupun pada aku beliau dah boleh dianggap lagenda musisi oleh sebahagian besar penduduk negara pancasila tu. Cumanya tetiba batu jemala aku berligar-ligar dengan bait-bait puitis lagu ni.

Penyanyi menginterpretasikan bulan sebagai objek yang boleh berbicara justeru seandainya bulan mampu berbicara maka objek ini dikira sebagai jujur dan tidak akan melakukan pembohongan dalam tutur katanya itu.

Sebagai manusia yang sememangnya tidak akan terlepas daripada melakukan kesilapan, cuba kita renung sejenak, mengapa bulan yang dijadikan sandaran dalam memperjuangkan sifat mulia insan iaitu JUJUR dan TIDAK BERBOHONG.

Pertamanya, bulan merupakan makhluk yang diciptakan Tuhan tidak punya kuasa untuk bercakap dan berbicara. Jadi, bulan sememangnya akan terus JUJUR tanpa ada sebarang suara yang akan keluar darinya.

Kedua, Bulan secara lahirnya tampak bersih dan JUJUR seiring kilauan cahayanya yang sungguh mempersonakan. Jadi manusia sering tertipu dengan keindahan dan keJUJURAN bulan itu sedangkan hakikat sebenarnya permukaan bulan berlobang-lobang dan tidak rata.

Ketiga, Sebahagian daripada manusia yang hidup di bumi ini bersifat seperti bulan. Zahirnya nampak indah hakikatnya tidak seperti itu. Bulan hanya menjelma tatkala malam menjelang dan ada sebahagian manusia yang hanya boleh dijumpai di waktu malam sahaja. Jadi, ada manusia persis bulan.

Bulan adalah penyeri indahnya alam. Tidak salah untuk berwajah seindah cahaya bulan, asalkan hati juga secerah cahaya mentari...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan