Selasa, 14 Disember 2010

Bundar

Mata kami bersatu. Walau mataku sepet dan matanya bundar. Penyatuan mata kami ini berlaku di dalam bas Yow Hoe dalam perjalanan pulang ke Segamat Baru. Matanya redup, seredup cuaca di petang itu.

Mata kami terus bersatu saat kaki menginjak anak tangga bas untuk pulang ke rumah. Aku membisik ke cuping telinganya yang kecil, pinjamkan aku matamu. Dia hanya tersenyum.

Sebelum kami berpisah (rumah kami berbeza lorong), dia merapati aku sambil menghulurkan tangannya, Nah! Ambil, bawa ini dalam mimpimu.

Aku menyambut hulurannya, dan mata itu ku bawa pulang ke rumah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan